Seramai 1,100 daripada 6,396 individu dari China yang memasuki Korea Selatan disahkan positif COVID-19 setakat ini.<br /><br />Pegawai Agensi Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Korea, Lim Sook-Young berkata kemasukan individu tersebut direkodkan selama enam hari bermula 2 hingga 7 Januari lalu, dengan kadar jangkitan sebanyak 19.6 peratus.<br /><br />Begitu pun, beliau berkata kadar kes positif pelancong dari China menunjukkan penurunan ketara sejak kerajaan memperketatkan langkah kuarantin bagi mereka yang tiba dari negara tembok besar itu.
